Monday, July 26, 2004

Kemarin, aku terpaksa menelefon polis. Aku ditolak, dipukul, dicubit. Tudungku ditarik-tarik. "Tolong! Tolong!" aku berteriak namun tiada yang datang menolong. Aku tidak boleh melawan mereka.

Sambil menahan pukulan dengan satu tangan, aku sempat menelefon polis. Malangnya, pegawai di talian polis semacam tak dengar...dia cuma berkata"ah ah...tahan aje lah".  Saya meraung-raung meminta tolong.....dia berkata pulak "Awak tahan ajelah...kita di sini ada kerja yang lagi penting!"

"Apa?!!" aku berteriak dalam hatiku. Sepatutnya, polislah yang menolong orang-orang yang disakiti, dianiayai....aku  pun bayar cukai! Ini tak boleh jadi! Aku dah lama menahan kesakitan dan kesabaran...

Aku pun membuka mulut and berteriak "Dah! Cukup-cukup! Sakitlah badan mak! Kenapa kamu menghukum mak macam ni? Dah lah abah kamu tak boleh balik cepat...dia ada kerja...Kamu nak pukul mak pulak?"

Coretan ini adalah sempena Bulan Bahasa kita...Bahasa menunjukan Bangsa. Nah, aku orang melayu asli. *kenyit mata*


No comments: